Asal-Usul Keluarganya: Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Alloh Ta’ala ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al-Munawwaroh. Sama juga halnya dengan Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga Qiamat nanti.
Dajjal ayahnya seorang yg tinggi dan
gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang
perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun
Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya
adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai
hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran
dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.
Sifat Badannya:
Hadist Huzaifah ra berkata: Rosululloh SAW, telah bersabda, Maksud Hadist: “Dajjal
ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya
serta dia mempunyai Surga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Surga dan
Surganya pula ialah Neraka” (Sahih Muslim).
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadist Rosululloh SAW, diantaranya:
”…Seorang yg kelihatannya masih
muda, Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan, Rambutnya kerinting dan
tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun”. Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua, Pertama: Buta
mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana
bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis
didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh
setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut
hadist riwayat Atthabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri
Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua
tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg shohih yg disebutkan dalam kitab Shohih Muslim, “bahwa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau
dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah””. Terdapat
hadist mengenainya.. tetapi terlalu panjang utk ditulis.. Dari Hadist
ini jelaslah bagi kita bahwa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa
yg diizinkan oleh Alloh Ta’ala untuk keluar menjelajah permukaan bumi
ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan
cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari saja. Namun begitu,
hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan
sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya
sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerusakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat
Muslim disebutkan: Kami bertanya, Maksud Hadist: “Wahai
Rosululloh! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi SAW,
menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama
seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga
seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (37hari) adalah
sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai
Rosululloh! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi
kami hanya sholat sehari saja (5waktu saja). Nabi SAW, menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yg
penyesuaian bagi setiap sholat..”
Maksud hadist tersebut, yaitu supaya kita
mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan
matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam
selepas sholat Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sholat Dhohor,
maka hendaklah kita sholat Dhohor, dan apabila ia telah berlalu selepas
sholat Dhohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar,
maka wajib kita sholat Asar Begitulah seterusnya waktu Sholat Maghrib,
Isya’ dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sholat pun pada sehari itu
sebanyak bilangan sholat setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada
hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Alloh
Ta’ala untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Alloh Ta’ala memberikan
kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Diantara kemampuan Dajjal
ialah:
1.Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.
Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Alloh
Ta’ala dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun
pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan
kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda paceklik. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa
ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata
pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi
menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan
stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yg
tidak mau bersukutu dgn Dajjal.. mereka akan tetap berada dalam
kebuluran dan kesusahan.
Ada pula diriwayatkan penyokong Dajjal
akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya
dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para
sahabat Rosullulloh SAW, bertanya: “Jadi
apa yg dimakan oleh orang Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rosululloh?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang
akan menggantikan makanan” (Ibnu Majah).
2.Ada bersamanya Surga dan Neraka.
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan
bersama dengannya seumpama surga dan neraka dan juga sungai air dan
sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman
orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg
kelihatan. Apa yg dikatakan Surga itu sebenarnya Neraka dan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Surga.
3.Kemampuan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya.
Kemampuan yg dimaksudkan ini tidak ada
pada kendaraan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita
mengatakan kemampuan itu seperti kemampuan jet-jet tempur yg digunakan
oleh tentera udara atau lebih pantas lagi dari pada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam, Kami
(shohabat) bertanya: “Wahai
Rosululloh! Bagaimana kemampuan perjalanannya diatas muka bumi ini?”
Nabi menjawab: “Kemampuan perjalanannya adalah seperti kemapuan “Al
Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang” (Muslim).
Namun dengan begitu hebatnya, Dajjal
tetap tidak dapat memasuki dua kota suci umat Islam yaitu, Makkah Al
Mukarromah dan Madinah Al Munawwaroh.
4.Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya.
Syaitan juga akan berkualisi membantu
rajanya (Dajjal). Bagi syaitan, inilah masa dan kesempatan yang terbaik
untuk menyesatkan lebih banyak lagi anak cucu Adam as.